Celoteh2 Mesra!


ShoutMix chat widget

Sunday, 28 November 2010

Aceh - Bumi Tarbiyah dari Tsunami- siri I



بسم الله الرحمن الرحيم
كل نفس ذائقة الموت ونبلوكم بالشر والخيرفتنة والينا ترجعون

Mafhumnya : "Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai dugaan. Dan kalian akan dikembalikan hanya kepada Kami."
(Surah al-Anbiya' : 35)

Mati. Itu sesuatu yang pasti menemui setiap insan. Tak kira usia mati menjemput, asal takdirnya telah ditetapkan pada satu masa, dan masa itu sampai, maka terbujur kaku lah di pembaringan.

Sebenarnya saya mahu menitipkan di sini satu pengalaman lawatan yang akan sentiasa dikenang. Penuh pengalaman, penuh keinsafan. Lawatan mengenang tragedi jutaan manusia hilang ditelan gelombang, tragedi kapal besar dilambung ke darat, dan perahu tersangkut di atap rumah adalah satu peristiwa ngeri. Ombak ganas yang memusnahkan sebahagian Aceh memberi seribu satu keinsafan buat diri saya. ALlah itu berkuasa. Sangat-sangat berkuasa dan tiada yang sekuasa sepertinya.

Sesuatu yang menunjukkan kekuasaanNya, masjid-masjid di tempat dilanda tsunami tidak hancur. Subhanallah, mengucap panjang saya dan takjub dengan kekuasaanNya. ombak tsunami menghancurkan segenap tempat, makhluk, tanaman, harta benda dan sebagainya tetapi rumah suciMu dipelihara. Apakah kita masih tidak sedar bahawa ini peringatan daripadaNya?

Kami melawat ke Lampu'uk, satu kawasan di Aceh, yang mana kawasan paling teruk dilanda tsunami. Dan satu keajaiban di tempat ini adalah masjid Rahmatullah tetap bertapak di tempatnya walaupun jaraknya hanya 400 meter dari pantai Lampu'uk (pantai pembawa ombak tsunami di kawasan tersebut). Saat saya menjejakkan kaki ke tempat ini, terasa sebak yang teramat dan sayu. Terkenang peristiwa-peristiwa tangis tsunami di sini yang selama ini kita hanya melihat di dalam media massa, namun kini saya menjadi salah seorang yang menjejakkan kaki ke tempat tersebut dan turut merasai sisa-sisa penderitaan mereka. Menurut cerita pemandu pelancong kami, yang mana dia adalah penduduk Banda Aceh sendiri dan juga mangsa tsunami, sesiapa yang berada di dalam masjid ketika kejadian terselamat. Ya Allah, hebat kuasaMu. Teramat hebat.

Penulis di hadapan masjid Rahmatullah, Lampu'uk. Masjid ini hanya berjarak 400 meter dari pantai Lampu'uk yang membawa ombak tsunami yang memusnahkan sebahagian besar kawasan Lampu'uk ini.

Terdapat beberapa bahagian dalam masjid yang musnah akibat tsunami. Bahagian-bahagian tersebut telah diubahsuai dan terdapat sedikit bahagian tidak dibaiki untuk dijadikan sebagai 'sejarah tsunami' di dalam masjid tersebut.

Ini adalah sebahagian kisah pengalaman saya di Banda Aceh. Kisah ini masih panjang dan nampaknya saya berminat untuk berkongsi pengalaman ini secara bersiri. Adakah anda berminat mengikuti kisah saya? Jika ya, nantikan..


-Berdasarkan pengalaman penulis (Khairom Mawaddah) mengikuti Lawatan Akademik dan melawat ke Banda Aceh -



Tuesday, 23 November 2010

Makna Taqwa dan Ciri-cirinya

Golongan orang bertaqwa semakin hari semakin berkurangan. Bahkan istilah taqwa sudah pun luput daripada pemikiran insan. Di dalam khutbah Jumaat seringkali disebut tentang taqwa kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman mafhumnya:

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (Surah Al-Imran : 102)

ِAyat ini sering diulang-ulang setiap minggu di dalam khutbah Jumaat. Tetapi hari ini, kita terpinga-pinga mentafsirkan ciri-ciri taqwa itu. Oleh itu, saya mengambil pendekatan untuk menjelaskan tentang ciri-ciri orang bertaqwa berdasarkan ayat 1-4 surah Al-Baqarah.

Daripada ayat ini, jelas menunjukkan ciri-ciri orang bertaqwa iaitu :

a. Menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk.
b. Beriman dengan perkara-perkara ghaib.
c. Mendirikan solat.
d. Menginfakkan harta mereka.
e. Beriman dengan al-Quran dan kitab-kitab sebelumnya.
f. Meyakini tentang hari akhirat.



MENJADIKAN AL-QURAN SEBAGAI PETUNJUK

Al-Quran adalah petunjuk bagi semua manusia tetapi hanya segelintir sahaja yang menjadikannya sebagai petunjuk. Yang selebihnya lebih suka memekakkan telinga daripada menerima kebenaran al-Quran atau mereka yang menentang al-Quran itu sendiri.

Mereka tidak menjadikan al-Quran sebagai petunjuk ini disebabkan 2 perkara, sama ada degil atau jahil. Contohnya seserang yang ingin ke sebuah tempat. Laluan untuk ke tempat tersebut telah disediakan papan tanda sebagai petunjuk. Namun terdapat dua golongan, yang tidak menggunapakai papan tanda tesebut. Mereka adalah orang yang degil dan orang yang jahil.

Orang yang degil akan berkata " Buat apa aku nak ikut papan tanda ini, entah betul entah tidak..." Manakala si jahil pula berkata, " Aku tak fahamlah tulisan di papan tanda ini.."

Si degil yang sombong ini akan sesat dengan kedegilannya. Sengaja menolak al-Quran kerana menganggap dirinya tidak sesat di dalam perjalanan di dunia ini manakala si jahil pula akan terus tidak memahami petunjuk untuknya. Orang seperti ini tidak mengetahui intipati di dalam al-Quran, dan gagal menjadikan al-Quran sebagai petunjuk.



BERIMAN DENGAN PERKARA-PERKARA GHAIB

Perkara ghaib adalah sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera. Beberapa golongan falsafah yang sesat, menolak kewujudan alam ghaib ini. Antaranya ialah Materialisme, Komunisme, Atheisme dan lain-lain. Sesiapa yang tidak yakin dan tidak berpegang dengan kewujudan alam ghaib, maka dia tergolong dalam golongan kafir.

Perkara ghaib ini bukan sekadar 'diketahui' semata-mata, bahkan ia perlu dipegang dan diyakini. Hari ini, manusia mengetahui bahawa Allah itu wujud. Manusia juga tahu neraka itu ada, tetapi masih mengamalkan rasuah. Inilah bentuk pengetahuan tentang ghaib semata-mata tanpa diimani dengan sbenar-benarnya.

Antara perkara ghaib yang perlu diimani dan diyakini ialah ketentuan dan ketetapan Allah SWT. Ramai orang mengetahui bahawa ketentuan dan ketetapan Allah itu pasti, tetapi apabila mereka diuji atau ditimpa bencana, mereka masih merungut dan mempertikaikannya.

"4 perkara yang telah ditetapkan oleh ALlah ialah rezeki, ajal, perbuatan manusia dan kesudahannya."

Berusahalah sehebat manapun, sekiranya Allah tidak memberikan rezeki itu, maka kita tetap tidak dapat. Carilah jodoh sehabis daya, akhirnya kita akan kahwin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan. Maka bersabarlah. Orang yang bertaqwa akan meyakini perkara ini.


MENDIRIKAN SOLAT

Selalu sahaja orang bersolat, tetapi mereka tidak mendirikan solat. mereka bersolat sekadar melepaskan batuk di tangga. Teringat di dalam kitab at-ibyan Fi Adabi Hamlati Quran, Imam Nawawi menyebut tantang perbezaan dia antara solat dan mendirikan solat.

Allah SWT berfirman mafhumnya:

"Celakalah bagi mereka yang bersolat. Iaitu mereka yang lalai dalam solatnya." (Surah al-Ma'un : 4-5).

Maka, jelas sekali bahawa bersolat itu adalah solat yang didirikan dalam keadaan lalai. Maka celakalah bagi mereka. Mereka tidak mendirikan solat tetapi hanya bersolat semata-mata. Juga perbezaan kita dengan 'bukan Islam' adalah cara bersolat. Cara kita bersolat sememangnya berbeza tapi ia adalah sama. Tetapi dalam Islam, kita dituntut supaya mendirikan solat kerana solat yang kita laksanakan itu tidak sama dengan orang bukan Islam bersolat.

Solat itu tiang agama. Adakah kita membuat tiang semata-mata tanpa mendirikannya? Apa guan tiang yang tidak digunakan untuk memasak rumah? Buat tiang untuk suka-suka? Jadikanlah solat itu tiang agama. Inilah sifat orang bertaqwa.


MENGINFAKKAN HARTA

Apabila difikirkan, ia adalah satu amalan yang sangat menguntungkan. Walaupun sudah mati, 'royalti' masih berjalan. Kita masih dapat royalti walau sudah mati. Atau, dengan bahasa mudah, dapat pahala free, dan berterusan, ketika diri ini sudah tidak dapat mengumpulkan pahala. Sedekah jariah bukan susah. Ada duit atau apa-apa yang boleh disumbangkan, silakan.

Pahala tersebut akan berjalan selagimana duit atau sumbangan itu digunakan untuk kebaikan. Ilmu yang bermanfaat, sebarkan. Ia akan menjadi pahala yang berterusan. Lihatlah ulama-ulama kita. Walaupun jasad sudah dalam tanah, tetapi pahala mereka masih lagi berjalan mengalir ke perkuburan mereka.

Anak yang soleh, juga adalah royalti yang berterusan. Sekiranya anak yang soleh ada macam tiada, kita lihat pula ilmu yang ada. Kalau ilmu pun tak berapa ada, sumbanglah untuk Islam. Maka, orang yang bertaqwa akan berlumba-lumba untuk menginfakkan harta mereka. Mereka berkorban untuk Islam, dan Allah akan menggantikannya dengan ganjarannya yang lebih besar.


BERIMAN DENGAN AL-QURAN DAN KITAB-KITAB SEBELUMNYA

Hari ini orang mempersoalkan, bolehkah kita membaca kitab Injil? Sedangkan al-Quran yang di hadapan mata itu jarang dibaca, apatah lagi dipraktikkan. Namun hari ini tiada lagi Injil. Yang ada hanyalah Bible yang sudah diputarbelitkan.

Kitab yang telah diturunkan oleh Allah ialah al-Quran, Taurat, Zabur dan Injil. Keempat-empat kitab ini wajib dipercayai kerana ia diturunkan oleh Allah SWT. Tetapi malangnya, kita lebih mengambil pendekatan mempercayai kitab-kitab lain, selain daripada empat kitab yang disebutkan ini. Kita lebih mengguna pakai kitab buatan manusia iaitu undang-undang yang digariskan oleh manusia sendiri.

Al-Quran dan kitab-kitab sebelumnya, menjadi sumber rujukan pada zamannya. Tetapi setiap kaum di zaman tersebut lebih suka meggunakan manusia sebagai rujukan, bahkan sengaja melanggar kandungan kitab-kitab tersebut. maka tidak hairanlah manusia jenis ini pun masih wujud warisannya hingga kini.


YAKIN DENGAN HARI AKHIRAT

Apabila menyebut tentang keyakinan terhadap hari akhirat, kita cukup kesal dengan beberapa golongan yang hanya mengetahui tentang peristiwa ini, tetapi tidak mengimaninya. bahkan mereka tidak yakin dengan kewujudan peristiwa tersebut.

Contohnya mereka yang gila dalam mengumpulkan harta dunia. Mereka ini tahu bahawa harta itu akan pupus jua, apabila mereka telah mati. Namun, mereka tidak yakin bahawa harta itu akan pupus. Mereka mengatakan bahwa kalau aku mati sekalipun, anak-anak aku masih ada untuk menikmati harta ini, Orang ini tidak yakin bahawa Allah itu berkuasa menarik hartanya itu dalam sekelip mata.

Apabila seseorang yakin dengan akhirat, mereka akan menyibukkan diri dengan akhirat, dengan tidak melupakan dunia. Ini kerana mereka yakin bahawa dunia itu sementara, dan akhirat itulah yang kekal. Malang bagi mereka yang mengganggap dunia itu kekal, dan akhirat itu diketepikan buat sementara waktu. Apabila hampir mati, barulah terhegeh-hegeh memnuat malan, sedangkan ketika mudanya disia-siakan.

KESIMPULAN

Demikianlah 6 sifat orang-orang yang bertaqwa. Kebanyakan manusia tidak menyedari mereka diwajipkan bertaqwa. Mereka menyangka bertaqwa itu sunat, harus dan sebagainya. Sedangkan perintah ini telah disebut dalama firman Allah mafhumnya : "Wahai orang-orang yang beriman. Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah!"

Waallahua'lam.

Sumber : Akidah, Kefahaman & Pemikiran. karangan Muhammad Mujahid, Fellow MANHAL PMRAM



Monday, 1 November 2010

Gunung Merapi - Kembali Meletus Hari Ini

Jawa Tengah, 1 Nov- Letusan Gunung Merapi hari ini meletus lagi selepas kejadian letusan semalam. Letusan yang berlaku sekitar jam 10 pagi waktu tempatan jelas kelihatan kepulan debu dan asap kelabu yang terkeluar dari corong mulut Gunung Merapi tersebut.

Melalui pemandangan yang dirakamkan dari Wilayah Selo, Kabupaten Boyolali, Jawa Tengah mendapati kepulan asap kelabu membuak keluar dan mengalir ke cerun gunung berapi tersebut.

Dicatatkan, asap tersebut mengalir sejauh 3.5 kilometer ke bawah cerun gunung berapi tersebut menyebabkan sebahagian penduduk yang pulang sebentar ke kampung halaman mereke bertempiaran lari menyelamatkan diri. Ada yang terjun ke sungai dan ada pula yang memecut kenderaan masing-masing ke tempat yang lebih selamat.

Menurut seorang Pegawai yang ditempatkan di Selo, Leftenan Kolonel Soekso Wahyudi menyatakan letusan kali ini lebih besar berbanding petang semalam. Pagi ini telah berlaku dua letusan yang hanya selang 5-10 minit di antara letusan.

Sehingga hari ini, jumlah mangsa yang terkorban dicatatkan bertambah satu kematian menjadikannya kepada 38 orang. Sementara mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara di 65 lokasi meningkat sehingga lebih 50,000 yang didaftarkan.

Gunung Merapi yang terletak kira-kira 500 kilometer di tenggara Jakarta tersebut memiliki ketinggian 2,968 meter pernah mengalami letusan paling kuat pada tahun 1930 mengakibatkan 1,370 kematian.

Sumber : We Care ISLAM

Tuesday, 5 October 2010

Cabaran menguji. Doa mengiringi.

Berhadapan dengan perkara tidak kita jangkakan sudah satu lumrah kehidupan. Itulah namanya CABARAN. Cabaran mematangkan. Cabaran mengajarkan. Cabaran lopak kehidupan. Manusia lari daripada cabaran, mampukah? Hadapilah, kerana itu yang membuatkan kita menjadi Manusia.


Andai rasa futur dengan cabaran, tidak mengapalah. Manusia, apalah sangat kudratnya. Kadang dia menjadi seorang yang bangkit berwawasan bervisi bermisi, kadang dia jatuh 'bedebuk' tersembam mencium bumi. Tapi, Islam itu indah. Agama bawaan Rasulullah yang diwahyukan daripada ALlah S.W.T ini mengajarkan penawar pabila jatuh manusia. Apa? Ber DOA lah. Pohonlah. Merayulah. Kita kan hamba? Selayaknya kita meminta sebanyaknya. Dia ada menunaikan. Yakin dalam diri.


Sebelum ((saya dan anda)) berhadapan cabaran-cabaran tidak terduga, sama-sama kita berkongsi doa ini. Moga cabaran yang dibentangkan adalah yang setaraf dengan kemampuan diri. Wallahua3lam.


'' Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu terhadap pilihan yang baik menurut ilmu-Mu, dan aku memohon penetapan dengan kekuasaan-Mu serta memohon anugerah-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau Maha Tahu, sedangkan aku tidak mengetahui. Engkaulah yang mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah! jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini (sebutkan urusan) baik bagiku, di dalam agamaku, di dalam kehidupanku, dan akhir urusanku, maka takdirkanlah kepadaku dan mudahkanlah urusan ini.

Dan sekiranya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan urusan) tidak baik bagiku, di dalam agamaku, di dalam kehidupanku, dan akhir urusanku, maka hindarkanlah perkara itu daripadaku dan selamatkanlah aku daripadanya, dan takdirkanlah aku dengan sesuatu yang lebih baik di mana sahaja ia berada, kemudian redhailah aku dengan hal itu.
"

Amin Ya Rabbal 3alamin.

**********

p/s : 1.Setelah beberapa lama tak diupdate.. akhirnya .. Syukran kepada sahabat2 yang memberi dorongan.
2. SPR melabuhkan tirai. Mesyuarat Agung Tahunan akan muncul! Pimpinlah urusan kami , kini dan akan datang, Ya ALlah.


Friday, 10 September 2010

Ya Salam. Ya Eid Karim. Kullu Sanah wa Antum Tayyibin.

1 Syawal 1431H. Menjelma. Sayunya berada di perantaun. Tahun2 mencabar. Ah, ujian Rabb-Mu. Terimalah. :|


Salam perantauan buat sahabat-sahabat di perantauan. Tabahkan hatimu menempuh Syawal 1431H. Muhasabahlah, bagaimana Ramadhan 1431H kita? Hm, walaupun penilaian itu hanya Dia yang layak menentukan, tapi nilailah jauh mana usaha kita. Moga diberi kesempatan untuk Ramadhan yang akan datang untuk memperbaikinya. :d

************************


Fitrah 1 Syawal

Mengintai-intai Facebook di malam 1 Syawal, ter'serempak' satu status daripada friendlist yang menarik hati.. (di 'copy paste') ''tanggal 1 syawal yg meraikan fitrah manusiawi menjadi saksi sebahagian insan kembali kepada fitrah palsu, 'fitrah' kembali mengosongkan rumah Allah, kembali mendedahkan aurat, kembali melakukan maksiat dan kembali kpd tabiat lama yg buruk.'' ..dan membuatkan kita terfikir, ini memang fitrah manusia kan? Mengapa begitu? Hm, memang begitulah, asalnya nama kita 'insan' itu sendiri, bermaksud 'lupa'. Menjadi insan adalah sesuatu yang sering 'lupa'. Bila tiada diingatkan, melayang ke mana sahaja mahu, lupa diri itu punya al-khaliQ.

Tataplah diri, tuntunlah jiwa, mohon agar dijauhkan daripada kembali pada fitrah 'negatif'. Merubah diri bukan bermakna hipokrit, merubah kondisi sekarang kepada yang lebih baik bukan hipokrit. Tetapi pembentukan menjadi aset berharga kepada diri sendiri juga. Berfitrah positiflah, anda bakal dikagumi masyarakat, bahkan tidak mustahil dikagumi 1 dunia! :i


Isi Minda, Praktikal Diri

Bila dilihat saranan merubah kondisi diri kepada yang lebih positif adalah baik, maka bermulalah untuk mencari pengisian2 ilmu. Jejaklah ilmu sedalam-dalamnya, kerana ilmu memberi insan seribu kekuatan menghadapi onak2 liku kehidupan. Bila minda terisi, berilah praktikalnya pada diri, moga-moga apa yang terisi itu beri sebanyaknya faedah untuk diri. Walau apapun, dalam mengisi minda, berhati-hatilah, kajilah ilmu supaya apa yang kita timba adalah pada landasan yang benar, bukan melanggar syari'ah, dan bukanlah yang membawa diri kepada kesesatan. Ilmu itu suci, jangan calitkan ia dengan kejahilan zohiri dan ma'nawi.

Menuntut ilmu bukanlah satu perkara rumit. Manis-maniskanlah ia dengan ikhlas kerana ALlah, ikhlas mahu menyampaikan kepada ummah, dan ikhlas mahu mempraktikkan pada diri. Ilmu yang bermanfaat adalah yang memberi faedah pada diri sendiri khususnya dan kepada ummah disekeliling amnya.

Moga fitrah kita tetaplah fitrah positif tetapi berubah kepada yang Super Positive!

SELAMAT HARI RAYA EID AL-FITR 1431H.
KULLU 3AM WA ANTUM BIKHEIR!


**p/s: rindu mereka yang berada jauh di sisi. Keluarga, saudara, sahabat dan sebagainya. mohon doa kalian untuk kekutan kami, si perantau penjejak ilmu.**

Wednesday, 8 September 2010

Ikon Baru!Hepi!

:e 8) :mj

Salam Ukhuwah. Saya Khairom Mawaddah.


Assalamualaikum.
Setelah beberapa post, baru teringat 'Eh, tak kenal kan diri pada pembaca lah.'
Jadi beberapa ta3aruf tentang saya.

.: Khairom Mawaddah Baharom :.

.: Lahir di Kuala Lumpur, 13 N0vember 19.. , 21 Rabi3ul Awwal 14.. :.

.: Pertama dari 7 beradik (5 hero, 2 heroin) :.

.: Abuyyaku, Baharom Kassim bekerja sebagai Usahawan. Ummiku, Khairia Ismail bekerja sebagai Pegawai Penasihat Agama (Uitm,Shah Alam) :.

.: Penuntut Al-Azhar Kaherah :.

.: Tahun 3 sesi 2010-2011 dlm bidang Syari3ah Islamiyyah :.

.: Menetap di Shah Alam :.

PENDIDIKAN :
.: ex-student Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 6, Shah Alam -- 1994-1997 -- :.
.: ex-student Sekolah Rendah Agama Seksyen 3, Shah Alam -- 1995-1999 -- :.
.: ex-student Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam -- 1998-1999 -- :.
.: ex-student Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab, Maahad Muhammadi Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan -- 2000-2004 -- :.
.: ex-student Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Bt. 38, Sabak Bernam, Selangor -- 2004-2006 -- :.

SALAM UKHUWWAH!



** Ukhuwah tak akan kekal, serta terpalit hambar ; jika ia dijalin atas dasar Cinta Insani dan Duniawi ; tapi jalinan ini akan bertahan lama ; jika ia dibina atas dengan Tulus Ikhlas dan jelas hadaf serta iringkanlah segala pertemuan dan perpisahan kerana hubbu Lillah **

Sunday, 5 September 2010

Bermula Semula. Corak Langkah Baru.

Bermula. Ya, saya bermula. Bermula semula. Apa yang saya mulakan? Mulakan langkah. Langkah apakah? haha.

Maaf pada blog. Tidak istiqamah meng'update'. Setelah masuk 5 bulan, baru mahu me'langkah' semula. Ya, inilah antara 'Bermula Semula. Corak Langkah Baru.' =)

Sebenarnya dalam kehidupan, sentiasalah kita kena corak langkah baru. Takkan mahu jadi 'bayi' dari bayi sampai dewasa? Hm, tapi terpulanglah. Kalau kita memang suka jadi bayi, makan tidur bangun makan tidur, maka lakukanlah. Ada ke orang boleh halang? '' Ah, hidupku caraku. Peduli apa aku..'' kan?



Langkah Pelajar 2011

Hm.. pejam celik pejam celik Ramadhan akan berlalu. Masa singkat. Syawal akan menjelma. Terasa berdebar dengan bertambahnya masa. Ya, langkah akan terus diorak. Makin melangkah, makin besar tanggungjawab. Salah satu bermain dalam fikiran, ''Aku tak boleh main2. Al-Azhar 2011 menanti aku sebagai student tahun 3 Syariah Islamiyah. Fuh!''

Setiap individu agaknya sudah punya perancangan langkah seterusnya untuk hari2 seterusnya. Saya juga. Saya tak mahu jadi 'bayi' sepanjang masa. Alhamdulillah, atas rezeki-Mu, saya corak langkah ke tahun 3. Tahniah! (layakkah? risau.) Itu langkah baru. Langkah ini berat. Sedih, ada sahabat2 yang tertinggal langkah, tidak bersama2 saya. Bukan semua berpeluang, tapi tiap yang Dia takdirkan adalah indah. Mungkin ada hikmah di sebalik keperitan rasa. Jadi, apa tunggu lagi? Jom sahabat2, jangan futur, kita atur langkah baru. Kerahkan tenaga, kita cantas masa! Kita rancang langkah kita. Ayuh2!


** Kagum dengan kejayaan orang2 yang hebat, maka bukan sekadar kagum tapi mengambil pengajaran daripada' langkah' mereka. Mencuba. **

Tuesday, 13 April 2010

MASIH SEGAR DAN MASIH BARU.

Melihat tajuk post..Masih Segar Dan Masih Baru..Jangan salah sangka. Saya bukanlah mempromosi 'ikan segar' dari pasar..cuma menterjemahkan 'perasaan' blog ini pada kalian yang menjengah. Ahlan Wasahlan ke 'Mamahan Bicara'. [erk,mcm tak sedap jer nama.huhu.bakal ditukar nnt jika jumpa nama yg lebih sesuai.he]~

Permulaan blog saya buka dengan post yang pertama 'Baik Dan Buruk Di Sisi-Nya dan Di Sisi Kami' mungkin banyak kekurangannya. Cuma melontarkan idea apa yang termampu untuk tatapan dan panduan [mungkin?]. Harap kepada sahabat sahabiah yang ada 'menziarah2' dapat beri tunjuk ajar dan teguran jika ada silap dan salah.

Wallahu'alam.

p/s: Gentar tangan menaip bait2 kata di Blog. Al-maklumla, terlajak perahu masih boleh diundur lagi,terlajak kata?? Tanyalah perut masing2..hehe [kalau lapar pun kan boleh tersasul kata2..weee]

Baik Dan Buruk Di Sisi-Nya Dan Di Sisi Kamu

Bismillahirrahmannirrahim

كتب عليكم القتال وهو كره لكم
وعسى أن تكرهوا شيئا وهو خيرا لكم
وعسى أن تحبوا لكم وهو شر لكم
والله يعلم وأنتم لا تعلمون


{Diwajipkan keatas kamu berperang,padahal perkara itu tidak menyenangkan kamu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal ianya baik bagi kamu.Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ianya buruk bagi kamu. ALlah Maha Mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui.} Al-Baqarah:216


PANDANGAN MATA PADA JIHAD PERANG

Pada konteks ayat 216 petikan dari surat Al-Baqarah ini sebenarnya membawakan tentang seruan perang atas orang2 mukmin yang pada pandangan zahirnya adalah seruan memerangi musuh. Bukankah untuk memerangi musuh ini yang mudah terlihat adalah perkara2 keberatan sahaja, iaitu akan timbul kepayahan pengorbanan harta, perit mahu meninggalkan anak isteri seta tanah air dan juga kemungkinan besar untuk kematian.

Tetapi apakah ini seruan keburukan?Maha Suci Allah yang layak menentukan atas sesuatu bahwa Dia menjadikan tiap perkara ada hikmahnya. Disebalik pandangan manusia atas perkara2 keberatan ini, sesungguhnya Dia telah wujudkan KEBAIKANnya. Bukankah dengan berjihad itu, jika beroleh kemenangan, ia adalah kejayaan agama kita sekaligus mereka yang berjihad itu telah menjadi seorang yang mambantu agamaNya, serta mereka diganjarkan dengan pahala yang amat2 besar. Subhanallah..alangkah beruntungnya mereka.. Dengan melaksanakan perkara2 yang dirasakan keberatan ini,mereka peroleh pahala yg besar juga matinya mereka adalah syahid dan pastinya kerana syahid itu tempatnya di syurga. Itulah "boleh jadi kalian tidak menyenangi sesuatu,padahal ianya baik bagi kamu."
Jika kewajipan jihad itu kamu tinggalkan, tidakkah impaknya kemudian iaitu 'musuh akan memerangi tanah air kamu' akan berlaku? Maka benarlah ayat ALlah "Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ianya buruk bagi kamu." Kamu berasa genbira tidak perlu bersusah2 untuk berjihad tapi kesannya kemudian adalah ke'merana'an yang kamu perolehi.



MEMUHASABAH ATAS DIRI

Kadang manusia melihat segala yang baik adalah terbaik,segala yang buruk tetaplah buruk. Luaran zahir bukanlah ukurannya,kerana disisiNya adalah penetapan niat. Yakin tiap apa kamu lakukan,Dia pasti bersamaMu,menunjukkan kebenaran..Insya ALlah.

Pengaplikasian ayat 216 dalam kehidupan sekarang adalah amat 'muhim'. Saya sendiri kadang tidak menyedari apa yang telah ditakdirkan untuk kita sebenarnya adalah yang baik dan menyenangkan diri. Saya yakin setiap dari kita punya ujian hidup masing2. Sama ada kita suka ataupun tidak, disebaliknya punya hikmah kebaikan buat diri sendiri.

ALlah tidak menguji hanya dengan keperitan sahaja.Kadang ALlah menguji dengan memberikan dengan nikmat yang berlimpah2 untuk melihat sejauh mana syukurnya atau atau mereka melupakan syukur bila berada dalam nikmat. Inilah yang dinamakan "Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ianya buruk bagi kamu."


Moga apa jua amalan harian kita, beringatlah Dia Maha Mengetahui tiap2 sesuatu yang tidak terjangkau pengetahuan makhluk.
Wallahu'alam.

p/s : Seorang sahabat usrah pernah mengingatkan 'Nak mudah buat pilihan dalam satu2 perkara @ nak selalu ALlah tolong kita dalam membuat pilihan,amal2kanlah SOLAT ISTIKHARAH.'
Tersenyum dengar kata sahabat ini..katanya ini ada betulnya..jangan 'mind set' solat istikharah hanya untuk buat pilihan jodoh sahaja! :)