Celoteh2 Mesra!


ShoutMix chat widget

Friday, 27 May 2011

Nukilanku : Tinta Jumaat Bil. 14

BAHANG IMTIHAN : MENYELUSURI SEMANGAT TOKOH ISLAM TERDAHULU

Bila disebutkan pada kita nama-nama ini : Al-Khawarizmi, Ibn Sina, Al-Farabi, Ibn Batutah, adakah kita mengenali mereka? Atau adakah hanya dikenali sahaja nama mereka tanpa mengetahui siapa sebenarnya mereka?

Ya. Mereka adalah tokoh-tokoh Islam yang sangat berjasa satu ketika dahulu. Jasa mereka dalam beberapa aspek penting dalam Islam telah menjadikan Islam hebat di mata dunia. Namun, apakah usaha mereka satu ketika dahulu diteruskan oleh kita ataupun tidak? Tepuk dada tanya diri.

Jika kita berbicara tentang seorang cendekiawan yang satu ini, memang cukup unik dan mengagumkan. Pemikiran-pemikirannya yang cemerlang mampu memberikan pengaruh besar bagi cendekiawan-cendekiawan Barat dan Timur, baik Muslim mahupun bukan Muslim. Beliau adalah Ibn Khaldun.

Selain pakar dalam bidang sejarah dan juga dikenali sebagai bapa sisologi Islam, beliau juga adalah seorang pakar dalam bidang ekonomi. Teori ekonomi beliau banyak dimuatkan dalam salah satu kitab karangan agungnya, al-Muqaddimah,. Ada antara teori ekonomi yang terdapat dalam karyanya masih lagi releven dengan masalah ekonomi semasa.

Coret-coret kata ‘Islam itu indah’,bukan sekadar kata, malah dalam bidang ekonomi sendiri jua mampu mambuktikan bahawa Islam itu indah. Dalam bidang ekonomi ini, beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilan, bersungguh-sungguh, kerjasama, kesederhanaan, telah dititkberatkan sendiri oleh Ibn kahldun. Selain itu juga, beberapa teori hebat telah diperkenalkan oleh beliau seperti, Teori Pengeluaran, Teori Pengagihan dan Teori Nilai. Wang dan Harga yang mana teori-teori ini telah digunapakai oleh bangsa Barat juga.

Namun percayalah, segala kehebatan yang telah disebutkan tadi bukanlah diperoleh secara mudah. Disebalik kehebatan beliau, pelbagai jerih perit dilalui untuk menguasai ilmu-ilmu tersebut sehingga digelarkan sebagai pakar dalam beberapa bidang. Ini membuktikan bahawa ilmu itu tidak datang bergolek sendirinya. Mahu tidak mahu, usaha keras adalah perlu jika kita mahu menjadi yang terbaik.

Bersempena fatrah imtihan yang semakin hampir ini, mari sama-sama kita menyelusuri kisah-kisah tokoh Islam yang sangat hebat ini bagi mengutip semangat perjuangan mereka dalam memperolehi dan menguasai ilmu. Apa yang disampaikan dalam Tinta Jumaat kali ini adalah sedikit sahaja daripada kisah kehebatan tokoh islam terdahulu. Cubalah sahabat sekalian kaji dan selami kisah tokoh-tokoh yang lain yang tidak kurang hebatnya semangat mereka.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud : Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. “ (ar-Ra’d : 11)

Akhirnya, salam mujahadah dan selamat menempuh peperiksaan buat sahabat-sahabat. Manfaatkanlah masa sebaiknya supaya tidak hadir kekesalan di kemudian hari. Kejayaan kita pada masa hadapan bukanlah untuk diri kita sendiri sahaja, malah ianya adalah untuk Islam juga.

Sirru ‘ala barakatillah. Wallahua’lam.

Hasil nukilan :

Khairom Mawaddah Baharom | Timbalan Ketua Lajnah Ekonomi



Monday, 25 April 2011

Its Soo... Life !

Rahsia Kehidupan. Ehem. Menarik ye. Apa ada di sebalik kehidupan ? Banyak. Antaranya ?

Ehm.
Keputusan peperiksaan sebelum diumumkan.-Rahsia-
Jodoh.-Rahsia-
Ajal.-Rahsia-

Ini antaranya. Banyak lagi tak tersingkap. Namun semua itu bukan masalah. Layarilah kehidupan sebaiknya. Dan jadikan kehidupan anda unik. Ya,unik.

Beberapa 'Life Secrets And Tips' yang menarik mahu sama-sama saya kongsikan. Jom amal!
  1. Memorize something everyday. Not only will this leave your brain sharp and your memory functioning, you will also have a huge library of quotes to bust out at any moment.
  2. Remember people’s names so that they feel appreciated and for your own future benefit when you want something from that person. To do this, say their name back to them when they introduce themselves. Then repeat the name in your head a number of times until you are sure you have it. Continue to use their name in conversation as much as possible to remove any chance of forgetting it.
  3. Learn to focus only on the present. The past is unchangeable so it is futile to reflect on it unless you are making sure you do not repeat past mistakes. The future is but a result of your actions today. So learn from the past to do better in the present so that you can succeed in the future.
  4. Smile more often. Whenever you get a grin on your face, your brain is releasing serotonin, the happy hormone. Smiling is the natural way to force yourself to be happy. Many people even smile for five minutes straight in the morning to get themselves in a great mood for the day. It is a very powerful tool that is utilized less and less as we grow older and need happiness more than ever. Just remember that while happiness leads to smiles, smiles also lead to happiness.
  5. Don’t take life so seriously! Learn to laugh at the little things and this whole “existence” thing will be a whole lot easier. Be amused by your mistakes and failures and be thankful that you learned your lesson and won’t mess up like that again. And most importantly do things that you enjoy! Life is not strictly business, it can be mixed with pleasure.
  6. Be honest at all times. Lies lead to nothing but trouble. Being known as trustworthy is an excellent trait to maintain and essential to having integrity.
  7. Learn to control your emotions. The only person that can make you unhappy is you! You are the one that decides to be affected by the words and actions of others. Realize this so that the next time you experience a negative emotion, you can find the strength within yourself to overcome it.
  8. Read something inspirational right before bed and after waking. This will set get you in a great mood for sleep and for the day. Read anything from a famous speech to your favorite self-improvement book. Try to read something that get’s you really excited in the morning especially so that you’ll leave your house beaming with energy and wonder.
Ha. Mudah kan? Err cuma susah sikit.. *artikel ni dalam b.i la, kadang2 ade perkataan yang tak paham.hehe* Rujuk kamus ye.

Menjadikan kehidupan bermakna pada setiap saat. Make the change!

-khairommawaddahbaharom-

syukran :
http://www.highexistence.com/life-secrets-and-tips/

Sunday, 28 November 2010

Aceh - Bumi Tarbiyah dari Tsunami- siri I



بسم الله الرحمن الرحيم
كل نفس ذائقة الموت ونبلوكم بالشر والخيرفتنة والينا ترجعون

Mafhumnya : "Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai dugaan. Dan kalian akan dikembalikan hanya kepada Kami."
(Surah al-Anbiya' : 35)

Mati. Itu sesuatu yang pasti menemui setiap insan. Tak kira usia mati menjemput, asal takdirnya telah ditetapkan pada satu masa, dan masa itu sampai, maka terbujur kaku lah di pembaringan.

Sebenarnya saya mahu menitipkan di sini satu pengalaman lawatan yang akan sentiasa dikenang. Penuh pengalaman, penuh keinsafan. Lawatan mengenang tragedi jutaan manusia hilang ditelan gelombang, tragedi kapal besar dilambung ke darat, dan perahu tersangkut di atap rumah adalah satu peristiwa ngeri. Ombak ganas yang memusnahkan sebahagian Aceh memberi seribu satu keinsafan buat diri saya. ALlah itu berkuasa. Sangat-sangat berkuasa dan tiada yang sekuasa sepertinya.

Sesuatu yang menunjukkan kekuasaanNya, masjid-masjid di tempat dilanda tsunami tidak hancur. Subhanallah, mengucap panjang saya dan takjub dengan kekuasaanNya. ombak tsunami menghancurkan segenap tempat, makhluk, tanaman, harta benda dan sebagainya tetapi rumah suciMu dipelihara. Apakah kita masih tidak sedar bahawa ini peringatan daripadaNya?

Kami melawat ke Lampu'uk, satu kawasan di Aceh, yang mana kawasan paling teruk dilanda tsunami. Dan satu keajaiban di tempat ini adalah masjid Rahmatullah tetap bertapak di tempatnya walaupun jaraknya hanya 400 meter dari pantai Lampu'uk (pantai pembawa ombak tsunami di kawasan tersebut). Saat saya menjejakkan kaki ke tempat ini, terasa sebak yang teramat dan sayu. Terkenang peristiwa-peristiwa tangis tsunami di sini yang selama ini kita hanya melihat di dalam media massa, namun kini saya menjadi salah seorang yang menjejakkan kaki ke tempat tersebut dan turut merasai sisa-sisa penderitaan mereka. Menurut cerita pemandu pelancong kami, yang mana dia adalah penduduk Banda Aceh sendiri dan juga mangsa tsunami, sesiapa yang berada di dalam masjid ketika kejadian terselamat. Ya Allah, hebat kuasaMu. Teramat hebat.

Penulis di hadapan masjid Rahmatullah, Lampu'uk. Masjid ini hanya berjarak 400 meter dari pantai Lampu'uk yang membawa ombak tsunami yang memusnahkan sebahagian besar kawasan Lampu'uk ini.

Terdapat beberapa bahagian dalam masjid yang musnah akibat tsunami. Bahagian-bahagian tersebut telah diubahsuai dan terdapat sedikit bahagian tidak dibaiki untuk dijadikan sebagai 'sejarah tsunami' di dalam masjid tersebut.

Ini adalah sebahagian kisah pengalaman saya di Banda Aceh. Kisah ini masih panjang dan nampaknya saya berminat untuk berkongsi pengalaman ini secara bersiri. Adakah anda berminat mengikuti kisah saya? Jika ya, nantikan..


-Berdasarkan pengalaman penulis (Khairom Mawaddah) mengikuti Lawatan Akademik dan melawat ke Banda Aceh -



Tuesday, 23 November 2010

Makna Taqwa dan Ciri-cirinya

Golongan orang bertaqwa semakin hari semakin berkurangan. Bahkan istilah taqwa sudah pun luput daripada pemikiran insan. Di dalam khutbah Jumaat seringkali disebut tentang taqwa kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman mafhumnya:

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (Surah Al-Imran : 102)

ِAyat ini sering diulang-ulang setiap minggu di dalam khutbah Jumaat. Tetapi hari ini, kita terpinga-pinga mentafsirkan ciri-ciri taqwa itu. Oleh itu, saya mengambil pendekatan untuk menjelaskan tentang ciri-ciri orang bertaqwa berdasarkan ayat 1-4 surah Al-Baqarah.

Daripada ayat ini, jelas menunjukkan ciri-ciri orang bertaqwa iaitu :

a. Menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk.
b. Beriman dengan perkara-perkara ghaib.
c. Mendirikan solat.
d. Menginfakkan harta mereka.
e. Beriman dengan al-Quran dan kitab-kitab sebelumnya.
f. Meyakini tentang hari akhirat.



MENJADIKAN AL-QURAN SEBAGAI PETUNJUK

Al-Quran adalah petunjuk bagi semua manusia tetapi hanya segelintir sahaja yang menjadikannya sebagai petunjuk. Yang selebihnya lebih suka memekakkan telinga daripada menerima kebenaran al-Quran atau mereka yang menentang al-Quran itu sendiri.

Mereka tidak menjadikan al-Quran sebagai petunjuk ini disebabkan 2 perkara, sama ada degil atau jahil. Contohnya seserang yang ingin ke sebuah tempat. Laluan untuk ke tempat tersebut telah disediakan papan tanda sebagai petunjuk. Namun terdapat dua golongan, yang tidak menggunapakai papan tanda tesebut. Mereka adalah orang yang degil dan orang yang jahil.

Orang yang degil akan berkata " Buat apa aku nak ikut papan tanda ini, entah betul entah tidak..." Manakala si jahil pula berkata, " Aku tak fahamlah tulisan di papan tanda ini.."

Si degil yang sombong ini akan sesat dengan kedegilannya. Sengaja menolak al-Quran kerana menganggap dirinya tidak sesat di dalam perjalanan di dunia ini manakala si jahil pula akan terus tidak memahami petunjuk untuknya. Orang seperti ini tidak mengetahui intipati di dalam al-Quran, dan gagal menjadikan al-Quran sebagai petunjuk.



BERIMAN DENGAN PERKARA-PERKARA GHAIB

Perkara ghaib adalah sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera. Beberapa golongan falsafah yang sesat, menolak kewujudan alam ghaib ini. Antaranya ialah Materialisme, Komunisme, Atheisme dan lain-lain. Sesiapa yang tidak yakin dan tidak berpegang dengan kewujudan alam ghaib, maka dia tergolong dalam golongan kafir.

Perkara ghaib ini bukan sekadar 'diketahui' semata-mata, bahkan ia perlu dipegang dan diyakini. Hari ini, manusia mengetahui bahawa Allah itu wujud. Manusia juga tahu neraka itu ada, tetapi masih mengamalkan rasuah. Inilah bentuk pengetahuan tentang ghaib semata-mata tanpa diimani dengan sbenar-benarnya.

Antara perkara ghaib yang perlu diimani dan diyakini ialah ketentuan dan ketetapan Allah SWT. Ramai orang mengetahui bahawa ketentuan dan ketetapan Allah itu pasti, tetapi apabila mereka diuji atau ditimpa bencana, mereka masih merungut dan mempertikaikannya.

"4 perkara yang telah ditetapkan oleh ALlah ialah rezeki, ajal, perbuatan manusia dan kesudahannya."

Berusahalah sehebat manapun, sekiranya Allah tidak memberikan rezeki itu, maka kita tetap tidak dapat. Carilah jodoh sehabis daya, akhirnya kita akan kahwin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan. Maka bersabarlah. Orang yang bertaqwa akan meyakini perkara ini.


MENDIRIKAN SOLAT

Selalu sahaja orang bersolat, tetapi mereka tidak mendirikan solat. mereka bersolat sekadar melepaskan batuk di tangga. Teringat di dalam kitab at-ibyan Fi Adabi Hamlati Quran, Imam Nawawi menyebut tantang perbezaan dia antara solat dan mendirikan solat.

Allah SWT berfirman mafhumnya:

"Celakalah bagi mereka yang bersolat. Iaitu mereka yang lalai dalam solatnya." (Surah al-Ma'un : 4-5).

Maka, jelas sekali bahawa bersolat itu adalah solat yang didirikan dalam keadaan lalai. Maka celakalah bagi mereka. Mereka tidak mendirikan solat tetapi hanya bersolat semata-mata. Juga perbezaan kita dengan 'bukan Islam' adalah cara bersolat. Cara kita bersolat sememangnya berbeza tapi ia adalah sama. Tetapi dalam Islam, kita dituntut supaya mendirikan solat kerana solat yang kita laksanakan itu tidak sama dengan orang bukan Islam bersolat.

Solat itu tiang agama. Adakah kita membuat tiang semata-mata tanpa mendirikannya? Apa guan tiang yang tidak digunakan untuk memasak rumah? Buat tiang untuk suka-suka? Jadikanlah solat itu tiang agama. Inilah sifat orang bertaqwa.


MENGINFAKKAN HARTA

Apabila difikirkan, ia adalah satu amalan yang sangat menguntungkan. Walaupun sudah mati, 'royalti' masih berjalan. Kita masih dapat royalti walau sudah mati. Atau, dengan bahasa mudah, dapat pahala free, dan berterusan, ketika diri ini sudah tidak dapat mengumpulkan pahala. Sedekah jariah bukan susah. Ada duit atau apa-apa yang boleh disumbangkan, silakan.

Pahala tersebut akan berjalan selagimana duit atau sumbangan itu digunakan untuk kebaikan. Ilmu yang bermanfaat, sebarkan. Ia akan menjadi pahala yang berterusan. Lihatlah ulama-ulama kita. Walaupun jasad sudah dalam tanah, tetapi pahala mereka masih lagi berjalan mengalir ke perkuburan mereka.

Anak yang soleh, juga adalah royalti yang berterusan. Sekiranya anak yang soleh ada macam tiada, kita lihat pula ilmu yang ada. Kalau ilmu pun tak berapa ada, sumbanglah untuk Islam. Maka, orang yang bertaqwa akan berlumba-lumba untuk menginfakkan harta mereka. Mereka berkorban untuk Islam, dan Allah akan menggantikannya dengan ganjarannya yang lebih besar.


BERIMAN DENGAN AL-QURAN DAN KITAB-KITAB SEBELUMNYA

Hari ini orang mempersoalkan, bolehkah kita membaca kitab Injil? Sedangkan al-Quran yang di hadapan mata itu jarang dibaca, apatah lagi dipraktikkan. Namun hari ini tiada lagi Injil. Yang ada hanyalah Bible yang sudah diputarbelitkan.

Kitab yang telah diturunkan oleh Allah ialah al-Quran, Taurat, Zabur dan Injil. Keempat-empat kitab ini wajib dipercayai kerana ia diturunkan oleh Allah SWT. Tetapi malangnya, kita lebih mengambil pendekatan mempercayai kitab-kitab lain, selain daripada empat kitab yang disebutkan ini. Kita lebih mengguna pakai kitab buatan manusia iaitu undang-undang yang digariskan oleh manusia sendiri.

Al-Quran dan kitab-kitab sebelumnya, menjadi sumber rujukan pada zamannya. Tetapi setiap kaum di zaman tersebut lebih suka meggunakan manusia sebagai rujukan, bahkan sengaja melanggar kandungan kitab-kitab tersebut. maka tidak hairanlah manusia jenis ini pun masih wujud warisannya hingga kini.


YAKIN DENGAN HARI AKHIRAT

Apabila menyebut tentang keyakinan terhadap hari akhirat, kita cukup kesal dengan beberapa golongan yang hanya mengetahui tentang peristiwa ini, tetapi tidak mengimaninya. bahkan mereka tidak yakin dengan kewujudan peristiwa tersebut.

Contohnya mereka yang gila dalam mengumpulkan harta dunia. Mereka ini tahu bahawa harta itu akan pupus jua, apabila mereka telah mati. Namun, mereka tidak yakin bahawa harta itu akan pupus. Mereka mengatakan bahwa kalau aku mati sekalipun, anak-anak aku masih ada untuk menikmati harta ini, Orang ini tidak yakin bahawa Allah itu berkuasa menarik hartanya itu dalam sekelip mata.

Apabila seseorang yakin dengan akhirat, mereka akan menyibukkan diri dengan akhirat, dengan tidak melupakan dunia. Ini kerana mereka yakin bahawa dunia itu sementara, dan akhirat itulah yang kekal. Malang bagi mereka yang mengganggap dunia itu kekal, dan akhirat itu diketepikan buat sementara waktu. Apabila hampir mati, barulah terhegeh-hegeh memnuat malan, sedangkan ketika mudanya disia-siakan.

KESIMPULAN

Demikianlah 6 sifat orang-orang yang bertaqwa. Kebanyakan manusia tidak menyedari mereka diwajipkan bertaqwa. Mereka menyangka bertaqwa itu sunat, harus dan sebagainya. Sedangkan perintah ini telah disebut dalama firman Allah mafhumnya : "Wahai orang-orang yang beriman. Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah!"

Waallahua'lam.

Sumber : Akidah, Kefahaman & Pemikiran. karangan Muhammad Mujahid, Fellow MANHAL PMRAM



Monday, 1 November 2010

Gunung Merapi - Kembali Meletus Hari Ini

Jawa Tengah, 1 Nov- Letusan Gunung Merapi hari ini meletus lagi selepas kejadian letusan semalam. Letusan yang berlaku sekitar jam 10 pagi waktu tempatan jelas kelihatan kepulan debu dan asap kelabu yang terkeluar dari corong mulut Gunung Merapi tersebut.

Melalui pemandangan yang dirakamkan dari Wilayah Selo, Kabupaten Boyolali, Jawa Tengah mendapati kepulan asap kelabu membuak keluar dan mengalir ke cerun gunung berapi tersebut.

Dicatatkan, asap tersebut mengalir sejauh 3.5 kilometer ke bawah cerun gunung berapi tersebut menyebabkan sebahagian penduduk yang pulang sebentar ke kampung halaman mereke bertempiaran lari menyelamatkan diri. Ada yang terjun ke sungai dan ada pula yang memecut kenderaan masing-masing ke tempat yang lebih selamat.

Menurut seorang Pegawai yang ditempatkan di Selo, Leftenan Kolonel Soekso Wahyudi menyatakan letusan kali ini lebih besar berbanding petang semalam. Pagi ini telah berlaku dua letusan yang hanya selang 5-10 minit di antara letusan.

Sehingga hari ini, jumlah mangsa yang terkorban dicatatkan bertambah satu kematian menjadikannya kepada 38 orang. Sementara mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara di 65 lokasi meningkat sehingga lebih 50,000 yang didaftarkan.

Gunung Merapi yang terletak kira-kira 500 kilometer di tenggara Jakarta tersebut memiliki ketinggian 2,968 meter pernah mengalami letusan paling kuat pada tahun 1930 mengakibatkan 1,370 kematian.

Sumber : We Care ISLAM

Tuesday, 5 October 2010

Cabaran menguji. Doa mengiringi.

Berhadapan dengan perkara tidak kita jangkakan sudah satu lumrah kehidupan. Itulah namanya CABARAN. Cabaran mematangkan. Cabaran mengajarkan. Cabaran lopak kehidupan. Manusia lari daripada cabaran, mampukah? Hadapilah, kerana itu yang membuatkan kita menjadi Manusia.


Andai rasa futur dengan cabaran, tidak mengapalah. Manusia, apalah sangat kudratnya. Kadang dia menjadi seorang yang bangkit berwawasan bervisi bermisi, kadang dia jatuh 'bedebuk' tersembam mencium bumi. Tapi, Islam itu indah. Agama bawaan Rasulullah yang diwahyukan daripada ALlah S.W.T ini mengajarkan penawar pabila jatuh manusia. Apa? Ber DOA lah. Pohonlah. Merayulah. Kita kan hamba? Selayaknya kita meminta sebanyaknya. Dia ada menunaikan. Yakin dalam diri.


Sebelum ((saya dan anda)) berhadapan cabaran-cabaran tidak terduga, sama-sama kita berkongsi doa ini. Moga cabaran yang dibentangkan adalah yang setaraf dengan kemampuan diri. Wallahua3lam.


'' Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu terhadap pilihan yang baik menurut ilmu-Mu, dan aku memohon penetapan dengan kekuasaan-Mu serta memohon anugerah-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau Maha Tahu, sedangkan aku tidak mengetahui. Engkaulah yang mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah! jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini (sebutkan urusan) baik bagiku, di dalam agamaku, di dalam kehidupanku, dan akhir urusanku, maka takdirkanlah kepadaku dan mudahkanlah urusan ini.

Dan sekiranya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan urusan) tidak baik bagiku, di dalam agamaku, di dalam kehidupanku, dan akhir urusanku, maka hindarkanlah perkara itu daripadaku dan selamatkanlah aku daripadanya, dan takdirkanlah aku dengan sesuatu yang lebih baik di mana sahaja ia berada, kemudian redhailah aku dengan hal itu.
"

Amin Ya Rabbal 3alamin.

**********

p/s : 1.Setelah beberapa lama tak diupdate.. akhirnya .. Syukran kepada sahabat2 yang memberi dorongan.
2. SPR melabuhkan tirai. Mesyuarat Agung Tahunan akan muncul! Pimpinlah urusan kami , kini dan akan datang, Ya ALlah.


Friday, 10 September 2010

Ya Salam. Ya Eid Karim. Kullu Sanah wa Antum Tayyibin.

1 Syawal 1431H. Menjelma. Sayunya berada di perantaun. Tahun2 mencabar. Ah, ujian Rabb-Mu. Terimalah. :|


Salam perantauan buat sahabat-sahabat di perantauan. Tabahkan hatimu menempuh Syawal 1431H. Muhasabahlah, bagaimana Ramadhan 1431H kita? Hm, walaupun penilaian itu hanya Dia yang layak menentukan, tapi nilailah jauh mana usaha kita. Moga diberi kesempatan untuk Ramadhan yang akan datang untuk memperbaikinya. :d

************************


Fitrah 1 Syawal

Mengintai-intai Facebook di malam 1 Syawal, ter'serempak' satu status daripada friendlist yang menarik hati.. (di 'copy paste') ''tanggal 1 syawal yg meraikan fitrah manusiawi menjadi saksi sebahagian insan kembali kepada fitrah palsu, 'fitrah' kembali mengosongkan rumah Allah, kembali mendedahkan aurat, kembali melakukan maksiat dan kembali kpd tabiat lama yg buruk.'' ..dan membuatkan kita terfikir, ini memang fitrah manusia kan? Mengapa begitu? Hm, memang begitulah, asalnya nama kita 'insan' itu sendiri, bermaksud 'lupa'. Menjadi insan adalah sesuatu yang sering 'lupa'. Bila tiada diingatkan, melayang ke mana sahaja mahu, lupa diri itu punya al-khaliQ.

Tataplah diri, tuntunlah jiwa, mohon agar dijauhkan daripada kembali pada fitrah 'negatif'. Merubah diri bukan bermakna hipokrit, merubah kondisi sekarang kepada yang lebih baik bukan hipokrit. Tetapi pembentukan menjadi aset berharga kepada diri sendiri juga. Berfitrah positiflah, anda bakal dikagumi masyarakat, bahkan tidak mustahil dikagumi 1 dunia! :i


Isi Minda, Praktikal Diri

Bila dilihat saranan merubah kondisi diri kepada yang lebih positif adalah baik, maka bermulalah untuk mencari pengisian2 ilmu. Jejaklah ilmu sedalam-dalamnya, kerana ilmu memberi insan seribu kekuatan menghadapi onak2 liku kehidupan. Bila minda terisi, berilah praktikalnya pada diri, moga-moga apa yang terisi itu beri sebanyaknya faedah untuk diri. Walau apapun, dalam mengisi minda, berhati-hatilah, kajilah ilmu supaya apa yang kita timba adalah pada landasan yang benar, bukan melanggar syari'ah, dan bukanlah yang membawa diri kepada kesesatan. Ilmu itu suci, jangan calitkan ia dengan kejahilan zohiri dan ma'nawi.

Menuntut ilmu bukanlah satu perkara rumit. Manis-maniskanlah ia dengan ikhlas kerana ALlah, ikhlas mahu menyampaikan kepada ummah, dan ikhlas mahu mempraktikkan pada diri. Ilmu yang bermanfaat adalah yang memberi faedah pada diri sendiri khususnya dan kepada ummah disekeliling amnya.

Moga fitrah kita tetaplah fitrah positif tetapi berubah kepada yang Super Positive!

SELAMAT HARI RAYA EID AL-FITR 1431H.
KULLU 3AM WA ANTUM BIKHEIR!


**p/s: rindu mereka yang berada jauh di sisi. Keluarga, saudara, sahabat dan sebagainya. mohon doa kalian untuk kekutan kami, si perantau penjejak ilmu.**