Berhadapan dengan perkara tidak kita jangkakan sudah satu lumrah kehidupan. Itulah namanya CABARAN. Cabaran mematangkan. Cabaran mengajarkan. Cabaran lopak kehidupan. Manusia lari daripada cabaran, mampukah? Hadapilah, kerana itu yang membuatkan kita menjadi Manusia.

Sebelum ((saya dan anda)) berhadapan cabaran-cabaran tidak terduga, sama-sama kita berkongsi doa ini. Moga cabaran yang dibentangkan adalah yang setaraf dengan kemampuan diri. Wallahua3lam.
'' Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu terhadap pilihan yang baik menurut ilmu-Mu, dan aku memohon penetapan dengan kekuasaan-Mu serta memohon anugerah-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau Maha Tahu, sedangkan aku tidak mengetahui. Engkaulah yang mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah! jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini (sebutkan urusan) baik bagiku, di dalam agamaku, di dalam kehidupanku, dan akhir urusanku, maka takdirkanlah kepadaku dan mudahkanlah urusan ini.
Dan sekiranya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan urusan) tidak baik bagiku, di dalam agamaku, di dalam kehidupanku, dan akhir urusanku, maka hindarkanlah perkara itu daripadaku dan selamatkanlah aku daripadanya, dan takdirkanlah aku dengan sesuatu yang lebih baik di mana sahaja ia berada, kemudian redhailah aku dengan hal itu."
Amin Ya Rabbal 3alamin.
**********
p/s : 1.Setelah beberapa lama tak diupdate.. akhirnya .. Syukran kepada sahabat2 yang memberi dorongan.
2. SPR melabuhkan tirai. Mesyuarat Agung Tahunan akan muncul! Pimpinlah urusan kami , kini dan akan datang, Ya ALlah.
2. SPR melabuhkan tirai. Mesyuarat Agung Tahunan akan muncul! Pimpinlah urusan kami , kini dan akan datang, Ya ALlah.